11.12.2009

My Love Since Always

aku sedar aku telah menjalinkan hubungan cinta dan berpisah dengan si dia, si dia dan si dia.

dan aku masih juga mencari yang tidak menyakitkan hati ini.

muncul satu persatu, dan akhirnya pergi dengan kecewa di hati ini.

kebodohan aku mencari yang tak kan jumpa, hanya akan, jika sudah diri ini lengkap dengan kejayaan.

pesan ibuku sedemikian rupa, doanya untuk mencari yang mulia.

pesan menjadi badi, yang hina berlalu pergi.

tapi itulah yang ku katakan perihal kebodohan ku.

aku mencari sedang yang di hati sudah lama terpaut yang satu ini.

kini aku tidak ingin lagi mencari, biarlah mereka yang menanti, kerana pesan ibu terpahat di hati.

dan kini aku mengenali siapa kekasih hati,

yang menemani ku di kala sepi,
kebosanan
disaat yang lain meniggalkan diri ini.
disaat yang lain tak kenal hati ini.

perawat jiwa luka ku ketika aku beberapa kali kecundang dalam perlawanan cinta.

yang memberikan aku perasaan sedih, gembira, gusar, ceria, suram mahupun kusam
memahami hati ini sama ada dalam hiba atau terkesima.

ianya bukan satu di dalam beribu.
tetapi beribu di dalam satu.

movie.

my latest girlfriend. my always and my passion.

aku senang dengan kau kini, pergi jahanam sama yang lain.

Film.Movie.Movingpictures.Motionpictures.Cinema.Video.LoveAll

11.11.2009

Karma - *apa kau buat akan kau dapat.


aku percaya akan pembalasan yang akan kita terima disebabkan perbuatan kita pada masa lalu.
aku percaya setiap perkara baik akan bertukar menjadi buruk dan setiap perkara buruk akan bertukar menjadi baik.

aku percaya kerana aku sendiri pernah mengalaminya malah sedang mengalaminya.

kita kadang-kadang tertanya-tanya pada diri sendiri yang bernasib malang, 'apa dosa aku?'. dan sebenarnya memang banyak dosa yang kita lakukan. cuma keadaan membuatkan kita tidak sedar.

aku seorang yang telah di letakkan mind set di dalam otak supaya tidak berlaku zalim. didikan ayah ibu membuatkan aku seorang yang sedemikian hinggalah aku dibiarkan bebas oleh mereka selepas memasuki alam kolej.

aku cukup bahagia satu ketika dahulu hingga aku tidak sedar bahawa kegembiraan ku itu akan bertukar menjadi satu perkara yang buruk. aku cukup berfikiran negatif apabila perkara-perkara buruk datang pada aku satu persatu.

hinggalah sekarang, aku mula berasa lali akan dugaan demi dugaan yang berlaku dan ianya masih tidak berhenti hingga kini. aku tak nafikan, dugaan yang aku dapat tidak lah seberapa bagi insan lain, tetapi tetap juga memeritkan hati ini.

hati ini. raut muka aku tidak menunjukkan apa-apa, tetapi hati ini yang menanggung semuanya. semuanya sebagai balasan kepada aku sendiri.

dan kini aku mula mencari sifat optimis dan positif dalam diri. dan aku sedar, jika sekarang perkara buruk berlaku pada diriku, nescaya yang baik akan datang kelak. bila, hanya DIA yang tahu.

kadang-kadang kita keliru dengan dugaan tuhan. mengapa yang alim dan warak dan baik hati ditimpakan musibah sedemikian rupa. ada musibah untuk ujian diri, tetapi ada juga musibah untuk pembalasan dosa. percayalah, semulia mana pun kita, tetap terdapat dosa yang kecil sekecil debu, dan untuk orang yang baik, dosa yang kecil itulah akan di balas dengan bebanan sebesar batu.

fikirlah, biar kita dapat pembalasan di dunia, kerana dengan itu, kita berjaya mengurangkan pembalasan akhirat.

dan ingat, kalau apa kita sedang buat sekarang, sama ada baik atau buruk, pasti ada balasannya kelak, sama ada baik atau buruk.

orang barat menggelarnya karma, tetapi bagi ku, itulah keindahan hikmah tuhan.

wallahualam.

11.06.2009

Cerita Yang Tak Sudah - picisan memori silam



*The NeverEnding Story, 1984

Terngiang-ngiang di benak aku tentang masa lampau dahulu semasa aku masih bersekolah rendah. Gambaran yang melekat dalam kepala aku tentang filem ini ketika itu adalah kewujudan seekor makhluk seperti anjing putih yang besar dan boleh terbang serta seorang kanak-kanak lelaki sedang menunggangnya.

Selepas itu, aku tidak berpeluang untuk menonton filem ini lagi. Malah aku tidak tahu apa tajuk filem ini kerana masih kecil dan ianya hanya menjadi memori sentimental buat diriku. Imej-imej tadi asyik terbayang dan membuatkan ianya menjadi misteri.

Hinggalah beberapa minggu yang lalu aku menemani kawanku membelek dvd dan cd movie di kedai speedy. Tergamam sebentar aku melihat cover sebuah movie bertajuk 'The NeverEnding Story', imej yang terngiang kini terpapar jelas, makhluk itu! Anjing putih gergasi. Aku nekad nak beli tapi tak de duit.

Jadi terpaksalah padamkan niat aku itu. Aku desperate betul nak tengok cerita ni, kecewa, tapi sekurang-kurangnya aku dah tau tajuknya. Ak mula search dan bertanya kepada rakan aku perihal filem ini. Kawan aku gelak besar bila dia nyatakan bahawa makhluk itu bukan anjing, tetapi seekor naga. Terkejut sekejap aku.

Apa yang aku kaji dan tahu, The NeverEnding Story ada sejarahnya yang unik. Ianya berasal dari sebuah novel ciptaan Michael Ende yang kini telah diberhentikan pencetakkannya kerana novel ini terlalu melampaui alam fantasi yang dahsyat. Ada berita yang mengatakan ramai orang yang bunuh diri selepas membaca novel ini kerana menyebabkan halusinasi dan imaginasi yang agung. Akhirnya, novel ini sukar dikesan hingga kini.

Penantian aku berakhir selepas dapat mencari movie ini dalam network di kolejku. Aku download sepantas kilat, dan akhirnya selesai menonton. Dan hasilnya, memang cukup-cukup nikmatnya. Begini ceritanya...


Mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki
bernama Bastian yang gemar berfantasi
dan sering melukis imej-imej watak unik.
Bapanya menyuruh Bastian agar berdiri
di bumi yang nyata kerana mimpi tidak
boleh bawa apa-apa kejayaan.

Hinggalah pada satu hari, Bastian meminjam
sebuah buku novel bertajuk 'The NeverEnding Story'
dari seorang penjaga kedai buku.
Bermulalah pula kisah alam Fantasia.
dalam buku tersebut yang dibaca Bastian :

Bermula dengan sejenis makhluk berbentuk batu
besar bernama Rock Biter yang terserempak dengan
Small Guy with a racing snail(siput gergasi yang laju)
dan
Night Hob with a stupid bat(kelawar gergasi).

Mereka bersama-sama ingin ke Ivory Tower
untuk meminta tolong The Empress bagi
memusnahkan ancaman villain dalam cerita ni,
The Nothing.

Sesampai di Ivory Tower, The Empress dalam kegeringan.
Muncul pula watak Atreyu dari suku kaum
The Plain People.
Atreyu merupakan seorang budak lelaki.
Bersama-sama kudanya, Atrax
mereka mengembara mencari cure untuk Empress
dan cara-cara untuk membunuh The Nothing.

Bermacam watak lagi yang muncul seperti,
Morla the Ancient One(kura-kura raksasa)
Engywook dan Urgl(pasangan kerdil)
The Southern Oracle(Sphinx gergasi)
dan makhluk yang sering bermain dalam otak aku,
Falkor the Luck Dragon(naga berwarna putih).

Dalam penceritaan ini, ada satu watak
yag juga wujud tanpa disedari,
iaitu watak Bastian sendiri!

Bastian sudah menjadi sebahagian dari
The NeverEnding Story
dan satu bebanan harus digalasnya.

Atreyu mendapat maklumat dari The Southern Oracle,
bahawa The Empress hanya boleh dirawat
jika diberi nama baru oleh seorang kanak-kanak manusia.

Tetapi Atreyu gagal mencari penyelesaian
dan dikejutkan pula dengan sejarah sebenar Fantasia.
Seekor beast, memberitahu Atreyu tentang
rahsia Fantasia.

Fantasia merupakan sebuah dunia tanpa
sempadan (no boundaries) yang menghimpunkan
imaginasi atau dreams dari pelusuk manusia bumi.
Fantasia seolah merupakan harapan
manusia yang menimbulkan imaginasi kreatif.
Tetapi, kini Fantasia di ambang
kemusnahan kerana manusia semakin kurang berharap.
Mereka tidak lagi bermimpi atau berimaginasi.
Dari situlah, terciptanya The Nothing.
Sebuah kekosongan yang menyebabkan kehancuran.

Atreyu yang gagal, terpaksa menerima
kemusnahan Fantasia.
Dia bertemu semula dengan The Empress
yang berada dalam bentuk seorang kanak-kanak perempuan.

Bastian terkejut apabila The Empress
seolah-olah bercakap mengenai dirinya
sedangkan cerita itu dibaca dirinya sendiri.

The Empress merayu Bastian yang berada
di luar alam buku agar memberinya nama baru.

Bastian yang dalam dilema sama ada
hendak berkhayal atau hidup dalam realiti,
akhirnya menjerit ke arah langit
dengan memberi The Empress nama,
Moon Child!

Segalanya gelap, Fantasia menjadi sebutir pasir kecil.

The Empress memberitahu
hanya Bastian yang boleh mewujudkan
Fantasia kembali.

Bastian mula berhajat dan Fantasia
bersama makhluk-makhluknya, hidup kembali!

Ceritanya tamat disini. Barulah aku tahu anjing tersebut merupakan naga yang dipanggil Falkor, yang juga menjadi pembantu kepada Atreyu selepas kematian Atrax. Fantasia sinonim dengan dunia imaginasi, dan kerana itulah Fantasia tidak mempunyai sempadan kerana dunia imaginasi tentunya tanpa batasan!

Cukup unik cerita yang ditampilkan dan apa yang aku tahu juga, filem ini terdapat lagi dua bahagian.

Kini, satu dari hajat aku juga tercapai.


'Never give up and good luck will find you.'
*Falkor, the luck dragon.

notes : aku tertarik dengan watak The Childlike Empress lakonan Tami Stronach yang nampak mantap dan beremosi walaupun hanya muncul seketika di hujung cerita. Style.

.:hadyabdhamid:.

10.25.2009

Wajarkah Menang?



Aku dah pergi tengok cerita ni kat panggung wayang TGV pada 24 Okt lepas. Hasil dari apa yang aku tengok, ni lah yang aku dapat. Tapi review bawah ni bukan review as a pengkritik or pembaca filem. Tetapi as a view from audience. Tak kisah lah anda nak terima atau tidak : )

Hurm, apa yang buat aku tertarik untuk menonton filem ni adalah ; kerana Afdlin Shauki dan kerana filem ni dah menggondol angerah filem terbaik dalam FFM. So, apa yang hebat sangat filem ni sampai menang anugerah terbesar industri filem Malaysia?

Bagi aku, filem ni memang seronok dan sedih ditonton. Tapi aku hanya boleh berkata filem ini tak 100% layak menang anugerah filem terbaik. Kalau dilihat jalan cerita filem ni, ianya terlalu biasa. Tentang seorang bapa yang kematian isterinya kerana terlalu sibuk bekerja dan akhirnya insaf lalu terus menyibukkan diri menjaga anak perempuannya yang seorang itu dan bla, bla, bla dan bla. Tak payah lah aku nak jelaskan lebih lanjut pasal mesti ramai yang dah tonton cerita ni.

Apa yang menariknya pula cerita ni bagi aku, adalah cara pengolahan Afdlin dalam mencipta satu kelainan dalam satu persamaan. Itu lah bijaknya Afdlin, mengambil sesuatu yang biasa dan menjadikannya sepertia yang kita tak biasa tonton. Contohnya, adalah watak-watak dalam filem ni, Afdlin sendiri yang memegang watak Saadom, mulanya seorang yang sibuk kemudian terdapat nilai humour dalam dirinya ketika menjaga Miasara( Liyana Jasmay), watak Rahmat lakonan Que Haidar yang merupakan seorang aktivis perfileman yang penuh dengan inspirasi dan aspirasi dalam diri, watak Hisyam Hasyim (Farid Kamil) yang nampak gagah tetapi sebenarnya seorang yang penakut dan lembik serta watak yang paling menarik perhatian aku, watak Mun, isteri Saadom lakonan Nurkhiriah.

Apa yang menarik sangat watak Mun ni, adalah kerana watak ini bukan watak realistik. Mun yang telah meninggal dunia akibat kemalangan, menjadi igauan atau imaginasi Saadom dan muncul pada saat-saat Saadom buntu atau gelisah dalam menjaga Miasara. Mun muncul dalam pelbagai gaya dan kostum membuatkan suasana lucu dnegan kehadirannya. Begitu serasi dilihat watak Afdlin bersama-sama Nurkhiriah dan pasti menguntum senyum semua yang melihat.

Yang menariknya lagi filem ini adalah dialognya. Afdlin pandai menggunakan dialog yang serasi dan sering diguna pakai remaja zaman sekarang. Dialognya nampak segar dan remaja yang menonton pasti selesa dengan ayat-ayat yang diguna pakai watak remaja dalam filem ini. Komedi yang ditonjolkan juga menarik tetapi bagi aku, agak kurang jenakanya filem ini kerana ianya sebuah filem kekeluargaan yang ringan.

Jadi, wajarkah filem ini menang filem terbaik? Bagi aku, kalau nak di ikutkan pertandingan, Talentime lebih layak untuk memenagi anugerah tersebut pada malam FFM. Apa logiknya disini? Mungkin pihak penganjuran sendiri tahu yang Talentime patut menang, tetapi mengapa tetap memilih Papadom? Mungkin agak cliche kalau memilih sebuah lagi filem Allahyarhamah Yasmin Ahmad sebagai filem terbaik selepas Gubra dan Sepet. Mungkin juga pihak penganjuran berfikir bahawa jika mengambil Papadom sebagai filem terbaik, ianya akan menutup selera penonton yang menginginkan filem kegemaran mereka menang. Tetapi, ketika FFM, Papadom belum pun lagi ditayangkan. Hurm. Apa propagandanya? Adakah dengan mengambil Papadom sebagai filem terbaik akan menutup mata penonton yang melihat penganjur kurang bijak dalam penjurian? Entahlah.

Afdlin juga menang anugerah pelakon lelaki terbaik sebagai Saadom. Itu aku boleh terima, lakonan Afdlin memang memberangsangkan. Aku masih tak dapat tahan air mata melihat Afdlin menangis dalam filem ini seperti dalam filem-filemnya yang lain iaitu Buli Balik, Sumolah dan Sepi. Itulah kelebihan seorang pelakon lawak, jika berlawak orang akan gelak, tetapi jika menangis, orang akan turut menangis. Itu hal Afdlin Shauki, tetapi bagaimana pula dengan Liyana Jasmay? Pemenang anugerah pelakon wanita terbaik filem ini.

Aku rasa watak Liyana dalam filem ini sebagai Miasara tidak terlalu mencabar. Percayalah, bayak lagi watak mencabar yang pernah dilakonkan Liyana seperti dalam filem Kami the Movie dan Histeria, kenapa dia tak menang anugerah tu dalam filem Histeria. Perwatakan Miasara terlalu biasa dan senang dilakonkan bagi aku. Tapi inin hanyalah pendapat saja.

Macam mana sekalipun, anugerah-anugerah yang Papadom menangi semestinya mencipta satu kenangan manis sebagai sebuah filem komedi. Dua tahun berturut filem komedi memenangi anugerah filem terbaik selepas KMBM. Papadom masih seronok ditonton. Malah berbaloi untuk ditonton, cuma apa yang aku review kan tadi adalah tentang kewajaran Papadom menang flem terbaik. Anugerah-anugerah ini pastinya kredit untuk Papadom mengutip nilai tiket. Terkejut juga aku melihat sambutan orang ramai ketika menonton Papadom har tu, penuh panggung sampai ke depan.

Tahnah Afdlin atas buah tangan terbaru ini. Tak sabar rasanya nak tunggu filem terbarunya, My Spy dan Berani Punya Budak. :::)))

.:hadyabdhamid:.

10.08.2009

Tarikhnaik (Update)

Nak tulis pasal raya...dah terlambat...
tidak mengapalah..asal kan aku update blog aku ni..


Raya Aku :

Hanya sekadar bermaaf-maafan dengan sanak saudara kawan-kawan dan keluarga.
raya kini dugaan untuk keluarga cukup menduga kami...teramat-amat menduga.
dari satu masalah ke satu masalah...
jadi raya kali ni aku menyambutnya dengan lebih dewasa dan kurang ke anak-anakkan.
tiada apa yang terlampau seronok melainkan bergaul dengan keluarga dan kawan-kawan.
selebihnya,lebih tertumpu pada assignment yang menimbun...
paling best...main spontan dengan keluarga.syiok


Reunion Aku :

Sangat terhibur pada raya yang keenam.
aku bertemu kembali dengan rakan-rakan sepersekolahan rendah 8 tahun dahulu.
rakan-rakan dari SRK Larkin 1 amat bermakna kenangan bersama mereka.
menyambut raya bersama mereka pada hari itu.
semua gelak ketawa kembali dalam diri aku.

Kampus Aku :

Seminggu bercuti, aku kembali ke dunia kampus ku.
semuanya kembali seperti sedia kala.
tetapi aku masih macam ni.
tercari-cari.
sorang-sorang.
writers block menyelubungi diri aku.
aku tak tau apa puncanya.
sampai lah pada beberapa hari yang lepas,
kawan aku memberitahu apa puncanya.
aku sudah tahu.
tapi bagaimana nak membendung.
biarlah.
aku teruskan pembelajaran tanpa fikiran negatif.


optimis yang dicari tanpa henti-henti kini diselimuti kain perca negatif kekotoran.*

wassalam.

nukilan
.:hadyabdhamid:.

9.13.2009

Virus Called Mafia Wars!


betul-betul demam aku sejak dah mula main facebook. bila dah mule pandai main application game yang dipanggil Mafia Wars, bertambah-tambah demam aku dengan facebook. aku mula diperkenalkan game ni oleh housemate merangkap classmate merangkap kampungmate aku, ijat, sebulan lebih yang lepas.

mula-mula aku tak tau ape kebenda punye game ni sampai ramai facebookian yang kemaruk sangat ok mengadap. aku just ignore semua request yang berkaitan ngan mafia wars ni. tapi satu hari tu, camne lah aku leh terboring ngan internet yang lembab cam siput babi bersiar-siar dengan kura-kura, so aku pun try lah bukak game nih. aku tnye ijat, how to play this idiotic game, dude! ijat pun ajar la, dari care buat job, fight org, beli properties, beli inventory, bape gaji sebulan tolak cukai beli senjata, lawan boss mafia, iced the mobters dan macam-macam lagi lah yang berkaitan dunia per'mafia'an yang aku belajar.

bila dah mula pandai, apa lagi, jadi ketagih la aku. buat pengetahuan semua, aku memang mudah ketagih dengan sesuatu benda yang aku dah faham dan enjoy, tapi bile dah selalu sangat mula lah bosan. tapi game ni aku tak bosan lak main, cume bengang sebab loading lama sangat, just like i mention jus now, internet banyak pakai pelembab. damn! dan sekarang, aku dah berada di level yang lebih tinggi dari ijat. hahahaha. oh, mase aku start main mafia wars, ijat level 28, aku lak level 9, tapi disebabkan kegigihan aku menaikkan satu level satu hari, kini level aku 37 dan level ijat dalam 30 gitu kopt. die jarang online. no wonder la kan.

akibat dari virus mafia wars inilah yang telah memadamkan memori aku tentang kewujudan laman legar lain seperti myspace, friendster mahupun bolog aku sendiri. tu lah sebab aku dah lama tak posting, sibuk layang geng mafia aku.

and now, nother new game, premiere league fantasy, hahahaha...still in progress knowing this game. but nampak cam interesting. next time aku cerita pasal game ni pulak.

akhirnya, dapat jugak aku cerita sedikit cebisan hidup aku dekat pendeta bloggers semua. kalau tak sebelum ni cerita pasal isu semasa je kan...

i'll be there...

9.12.2009

pendosa di bulan puasa.


ada yang kata tak guna puasa kalau amalnya tak cukup.
ada yang kata tak guna puasa kalau solatnya serabut.
ada yang kata tak guna puasa kalau mulutnya mencarut.
ada yang kata tak guna puasa kalau umurnya seciput.

aku kata itu hak mereka. samada mereka muda,tua,miskin,kaya,pendosa,penzina.
mereka punya hak pada diri masing-masing. apa salahnya puasa jika kita seorang pendosa.
itulah kelebihannya orang islam. yang berdosa,masih boleh dicuci.
itulah kelebihannya puasa. yang bersalah, masih boleh diubati. dengan taubat.

kenapa masih ada yang membuat dosa dusta nista durjana?
sedang kan 'yang direjam' terperangkap di dalam neraka?
sudah ramai yang tahu jawapannya, kerana ada yang terlepas bebas.
first namenya 'hawa', last namenya 'nafsu'...hawa nafsu.

renung, jangan sampai termenung,
apa yang kita sedang tanggung?
dosanya berat tak terhitung,
bisikan syaitan,nafsu kian berkunjung.

siapalah kita tanpa tuhan esa.
jika ditakdir tiada 'yang direjam'
mungkin kita tetap akan sesat mengikut jalan sang hawa nafsu.
akal? hilang? kemana?

fikirkan.

malam ini lailatul qadar.
kurang sepuluh hari kita dah raya.
kita sambut raya sebab apa?
sebab berjaya berpuasa atau sebab 'yang direjam' bebas gembira?

8.29.2009

Ber'Tuah' Punya Melayu.


Kerana Sultan,Tuah binasa.
Kerana Tuah,Melayu dihina.

*petikan kata-kata dialog dari filpen 'WASIAT' karya seorang kawan.

ketika ini aku sedang bermain game mafia wars di facebook, sambil-sambil tu terfikir untuk mengantar pos baru ke blog. aku memikir apa cerita menarik untuk dicoret?

fikir,fikir, dapat! siang tadi, dan minggu lepas, ketika kelas subjek naskah klasik, pensyarah telah menayangkan filem hang tuah, lakonan allahyarham tan sri p.ramlee. erm, ya! inilah isu yang akan dibangkitkan oleh aku dalam pos ini. tentang hang tuah.

hang tuah, lambang keperkasaan melayu. tapi adakah itu sahaja lambang melayu yang ditonjolkan hang tuah? sedangkan kewujudannya pun diragui, keperibadiannya pun dibimbangi dan kesetiaannya pun dicurigai.

dalam filem hang tuah itu, bukan setakat keperkasaan dan kehemahan pekerti hang tuah sahaja yang dapat dilihat, malah sifat hipokrit, sengkek dan putar belitnya juga banyak. adakah sanggup seorang manusia membunuh sahabat baiknya sendiri sejak kecil demi menyetiakan diri pada orang yang menghina dirinya, Sultan!

sultan sendiri menganggap tuah sebagai hamba, orang suruhan, anjing! itukah lambang orang melayu? menjadi anjing kepada pemerintah? tuah sanggup membiarkan dirinya dibunuh tanpa membela diri atau dibela. itukah lambang orang melayu? didikriminasi tanpa boleh meluahkan sepatah kata? tuah sanggup melukakan hati tun teja untuk dipersembahkan kepada sultan. itukah lambang orang melayu? sering mempermainkan perasaan orang lain?

apa agenda hang tuah? mengapa dia begitu taksub dengan kesetian terhadap sultan? bila sultan dah mula sayang, maka apa yang tuah hasut pasti akan dilaksanai baginda. mungkin itu agendanya, setia kepada sultan, dan habuannya, empayar melaka terletak ditangan. tuah inginkan melaka? mungkin.

dulu orang fikir hang tuah lambang keperkasaan melayu, tetapi sekarang fikiran orang lebih terbuka. dikatanya hang tuah lambang keburukkan orang melayu. zaman hang tuah sudah berlalu, zaman ikutan trend gaya hang tuah sudah berlalu.

sekarang zaman jebat. orang akan mengata mengapa jebat menderhaka, jebat akan menjawab kerana rajanya yang tidak adil! melayu kita sekarang harus mengikut jejak jebat, menentang korupsi pemerintah!

siapa yang benar? jebat yang benar kah? atau tuah yang benarkah?

8.26.2009

سبولن رمضن

indah

8.21.2009

Ramadhan-Hikmah perut ke hati.



Ramadhan pertama ku sebagai blogger.

rasanya seolah wajib mencoret tentang ramadhan yang indah ini bila tiba suasananya. semua orang berasak-asak ke Giant untuk membeli bekalan berbuka, mesej pantun, seloka, sajak puasa bertubi-tubi masuk dalam phone, tak lupa juga shopping kompleks yang semakin bertimbun dengan baju kurung dan baju melayu.

apa hikmahnya puasa?ramadhan?

orang asyik berkata, tiada gunanya puasa kalau kita tak solat. benar, solat itu tiang agama, tapi, kalau tiada tiang, ada tapaknya pun jadi lah, dari takde langsung. ikhlas tak ikhlas belakang cerita, paling penting kita tunaikan rukun yang satu ini.

perut berkeriuk-keriuk bila bangun petang, sebab dah jadi amalan remaja bila puasa tak pernah bangun pagi. kecuali kalau ada kelas. siang terasa lapar, tapi bila dah buka, cepat pula kenyangnya. apalah hikmah tuhan?

yang penting kita jalani puasa sebagai tugasan agama, bukan sebagai adat yang senang-senang ditinggalkan dan senang-senang di perlekehkan.

itu je lah bebelan air liur aku untuk pos ini. (xnak lebih2, takut tertakbur,hehe)

selalunya setiap pos aku berkenaan isu semasa mesti aku akan ajukan soalan.

dan soalan aku untuk pos ini

gigit kuku batal puasa tak?

qana'ah,
wassalam;)